Monday 4 April 2011

Tentang Bulan

Kejadian bulan adalah dari jasad angkasa lain yang berlanggar dengan bumi dan menyebabkan sebahagian tanah bumi terkeluar. Kemudian, tanah yang terpantul keluar bercampur dengan jasad yang melanggar tadi dan membentuk jasad lain yang kita panggil bulan. Eh,kejap2. Aku ni bukan nya ahli astronomi atau pun ahli-ahli yang bersekutu dan sewaktu dengan nya. Aku ni budak biasa-biasa je. Budak yang tak tau mende. Tapi aku ada satu cerita tentang bulan ni. Cerita antara aku dengan bulan.

Sebenar nya aku teringin sangat nk pergi kat atas bulan tu. Mesti best kan kalau dapat lepak-lepak kat atas bulan tu sambil main gitar nyanyi lagu syok sendiri. Lepas tu hisap plak sebatang rokok Dunhil pergh! Mesti terasa nikmat nya. Kalau tak caya boleh tanya sendiri dengan Uncle Nail Amstrong tu..hehe..Tapi bagi orang macam aku ni untuk pergi ke bulan memang la sangat-sangat mustahil. Mana layak!!!tapi it's ok..tak apa..Kalau tak dapat pergi sana,dapat usha dari bawah ni pun dah cukup..

Tapi bukan selalu aku dapat tengok dia. Bila malam menjelma baru dapat tengok. Itu pun kalau bulan tak di tutup awan. Tapi tak apa la. Yang penting bulan tu tetap ada kat atas..tak pergi mana pun dia..betol tak??aku ni tak genius untuk cipta roket pergi ke bulan. Aku bukan nya anak presiden yang kaya-raya boleh upah NASA untuk bawak aku pergi lepak kat bulan. Aku bukan nya superhero kacak yang boleh terbang bawa awek dia dating kat atas langit tu. Tapi Aku adalah Aku! selagi kau ada kat atas tu,selagi tu la aku boleh melihat indah nya kau wahai bulan ciptaaan Tuhan..selagi kau boleh mendengar luahan ku,selagi tu la aku boleh mencerita kan segala-gala nya pada kau walaupun kau adalah mustahil bagi aku...

Friday 25 March 2011

Mary Ana

kehadiran kau tak pernah aku pinta..
tetapi keharuman kau telah mengusik jiwa..
terasa leka akan dunia seketika..
semua nya kerana kau Mary Ana..

dan bersama kau terasa lah bahagia..
emosi jiwa melayang entah kemana..
mimpi khayalan seolah-olah nyata..
seraya hati pun seakan berkata..
"seperti dunia ana yang punya"

tapi aku bepijak di bumi yang nyata..
kau harus aku lupa serta merta..
kerana tersedar manis kau hanya sementara..
dan sakit mungkin selama-lamanya..
MARY ANA
writen by:
Azam yusoff






Monday 21 March 2011

mukadimah

Assalammualaikum,,
first sekali aku nak bgtau yg sekarang ni aku tak tahu nak karang apa sebab karangan aku mmg fail ! sejak dari sekolah rendah sampai la ke sekolah menengah. Mesti dalam pikiran sesetengah orang akan cakap,"bodoh nya budak ni. tak tahu nk menulis tp nak wat blog" btol tak? Ah ! apa aku peduli. yang penting aku pandai mengeja. tapi aku terpikir juga knapa aku nk wat blog ni. kalau aku cakap sebab aku nak MENGUBAH DUNIA okay tak??

*nota kecil : dunia sendiri terbalik